Pakar Perunding Hematologi Hospital Pantai Kuala Lumpur, Datuk Dr Vijaya Sangkar Jaganathan Naidu, berkata talasemia adalah sejenis penyakit genetik yang mengganggu pembentukan sel darah merah normal.
“Ia adalah penyakit genetik atau keturunan, di mana anak mendapat gen talasemia daripada ibu atau bapa. Ia bukan penyakit berjangkit iaitu tidak boleh ditransmisi melalui darah, udara, air atau sentuhan fizikal. Lelaki dan perempuan mempunyai peluang sama untuk mendapat penyakit ini,” katanya, baru-baru ini.
Menurutnya, ada dua jenis talasemia iaitu talasemia minor (pembawa gen talasemia) dan talasemia major (penghidap talasemia).
“Pembawa gen talasemia tidak menunjukkan sebarang masalah kesihatan tetapi seorang pembawa gen talasemia boleh memperturunkan gen talasemia kepada anak.
“Penghidap talasemia major pula menunjukkan tanda sejak usia tiga hingga 18 bulan. Antara gejalanya badan sentiasa lemah dan resah, kesukaran bernafas, perut buncit disebabkan hati dan limpa bengkak, tumbesaran terbantut dan ada perubahan pembentukan pada muka apabila anak semakin membesar.
“Paling penting, kesedaran masyarakat mengenai penyakit ini masih berada pada tahap rendah. Mereka perlu lebih peka dan menjalani ujian darah jika keluarga adalah pembawa talasemia. Jika mendapat rawatan dan nasihat, mungkin ia boleh dielakkan,” katanya.
Ada dua jenis talasemia iaitu:
Pembawa talasemia di Malaysia
Biasanya penghidap talasemia tidak menunjukkan apa-apa tanda atau masalah kesihatan. Pengesanan hanya boleh menurunkan gen talasemia kepada anaknya. Jika ibu atau bapa adalah pembawa, keadaan berikut boleh berlaku.
Peratusan risiko untuk setiap kehamilan:
Penghidap talasemia
Jika kedua-dua ibu dan bapa adalah pembawa, keadaan berikut boleh berlaku;
(Nota: Pesakit talasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin rendah iaitu kurang daripada 10g/dl)
Tanda dan gejala penyakit talasemia
Biasanya anak pembawa talasemia kelihatan normal sewaktu dilahirkan. Bagaimanapun, mereka mula mengalami masalah anemia yang serius antara usia 13 hingga 18 bulan.
Rawatan
Saringan talasemia
Saringan ujian darah untuk talasemia boleh dijalankan di semua klinik dan hospital, sama ada kerajaan atau swasta.
Jalani ujian darah untuk mengetahui status penyakit anda.
Pesakit talasemia memerlukan transfusi darah setiap bulan. Tanpa rawatan sempurna, beberapa komplikasi boleh berlaku dan lazimnya mereka akan meninggal dunia pada usia remaja.
Persatuan Talasemia Malaysia
Projek Persatuan Talasemia Malaysia untuk menghubungkan pesakit talasemia, ibu bapa dan penjaga dengan anggota komuniti terpinggir (contohnya, masyarakat luar bandar). Tujuannya untuk meningkatkan pengetahuan masyarakat mengenai penyakit berkenaan, mewujudkan hubungan dua hala yang interaktif dengan mewujudkan pangkalan data yang memudahkan kajian dan pembentukan polisi.
Langkah pencegahan